Empat Hari Tayangan : Ada Apa Dengan Cinta 2 Sudah Kutip Lebih RM 1 Juta

Hiburan

Empat Hari Tayangan : Ada Apa Dengan Cinta 2 Sudah Kutip Lebih RM 1 Juta

Filem terhangat Indonesia , Ada Apa Dengan Cinta 2 telah berjaya meraih kutipan RM 1 juta hanya selepas 4 hari ia ditayangkan di Malaysia dan Brunei.

Advertisement

Berita itu disahkan sendiri oleh pengedar filem tersebut iaitu Primeworks Distribution Sdn Bhd. Mereka kini menjangkakan kutipan yang lebih tinggi lagi selepas ini.

Menurut Pengurus Pemasaran Filem Primeworks Distribution, Rabiatul Addawiah Samueil kutipan filem AADC 2 sedikit terkesan dengan tayangan filem Captain America : Civil War yang ditayangkan pada Khamis lalu.

Kami mensasarkan sebanyak 500,000 penonton sehari. Pun begitu, kami bangga kutipan diterima dan yakin jumlah itu akan terus. Sejak hari pertama tayangan, filem itu disaksikan lebih 80,000 penonton tempatan dan Brunei.

Berikutan pencapaian memberangsangkan AADC2, Rabiatul berkata, pihak pawagam akan menambah 10 panggung di seluruh negara.

AADC 2 merupakan sekuel filem Ada Apa Dengan Cinta yang dibintangi oleh Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Titi Kamal, Adinia Wirasti dan Sissy Prescillia.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...