“Empat Hari Pun Dah Cecah RM40K..” – Bil Hospital Tinggi, Azlee Senario Minta Dikeluarkan Awal

Hiburan

“Empat Hari Pun Dah Cecah RM40K..” – Bil Hospital Tinggi, Azlee Senario Minta Dikeluarkan Awal

Pelakon dan pelawak Azlee Senario yang baru-baru ini menjalani pembedahan meminta untuk keluar dari hospital lebih awal.

Kos hospital tinggi

Meskipun dinasihatkan untuk berehat di hospital bagi memudahkan pemantauan, Azlee yang kini semakin stabil tidak ingin menambah kos hospital yang sudah mencecah puluhan ribu itu.

Advertisement

Kalau nak diikutkan doktor memang tak benarkan saya pulang untuk biarkan jantung saya benar-benar pulih, tapi saya mohon keluar.

 

Saya bukan tak nak duduk di hospital, tapi empat hari pun bil sudah mencecah RM40,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azlee Senario (@azleesenario)

Tambahan pula, pelawak ini mendedahkan dirinya tiada insuran bagi menampung kos tersebut.

Saya pula tiada insuran sebab dulu saya ada penyakit hempedu dan hati. Keluarga berkongsi duit, selain bantuan Yayasan Selangor.

Perlu jaga pemakanan

Di samping itu, Azlee berkata doktor telah menasihatkan dirinya untuk mengelak dari mengambil sebarang makanan berkolesterol tinggi.

Yang utamanya saya kena elak makanan berkolesterol. Keduanya, perkara ini juga boleh disebabkan akibat tekanan kerja dan sebagainya, jadi mungkin jantung pam laju.

 

Apa yang dapat kongsi, jangan makan makanan berkolesterol kerana ia boleh menutup injap jantung.

azlee senario masuk hospital

Terdahulu, Azlee ke klinik berdekatan rumahnya selepas mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB).

HSB kemudiannya membawa Azlee ke IJN untuk menerima rawatan lanjut, sebelum menjalani pembedahan dan prosedur meletakkan sten pada hari sama.

doktor
7 months ago

Masa Menunggu Dijangka Sehingga 5 Jam, Tular Luahan Doktor Hospital Kerajaan Di Kedah - “Kami Juga Manusia, Boleh Penat Dan Sakit”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...