Minggu lepas jalan raya agak sesak bagi semua laluan kerana para perantau semuanya pulang ke kampung masing-masing menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Walaupun ramai dalam kalangan mereka terpaksa menumpuh perjalanan 8 jam dan keatas, mereka semua tetap bersemangat.
Berbeza pula dengan 4 beranak ini, semangat mereka untuk pulang ke kampung dengan mengayuh basikal selama 12 berjaya dilakukan.
Menurut Sinar Harian, empat beranak ini mengayuh basikal sejauh 107km untuk meraikan AIdilfitri di Sabak Bernam, Selangor.
Keempat-empat mereka ialah, Abdul Rahim Abdul Mahmudin, 55, isterinya, Norazarizah Ahmad Zahri, 46 dan dua anak perempuan mereka, Norfathanah Abdul Rahim, 14, dan Norfasihah Abdul Rahim, 12.
Bukan hanya mereka berempat, rakan sekampung mereka Raja Hassan Raja Bahrin, 41, turut mengayuh basikal bagi mengiringi perjalanan empat beranak terbabit.
Abdul Rahim berkata, kayuhan mereka bermula dari Kampung Perepat, Klang mengambil masa 12 jam untuk sampai ke kampung mereka.
Kami memulakan kayuhan pada jam 8 pagi hari raya kedua (Khamis) dan sampai di kampung pada jam 8 malam hari sama.
Menariknya, kami sempat singgah beraya di rumah rakan sepanjang laluan di Tanjong Karang dan Sekinchan.
Lebih menarik ramai orang melihat mereka memberi sambutan yang luar biasa apabila berseleisih dengan mereka. Mereka semua membunyikan hon dan mengucapkan selamat hari raya.
Malah ada yang berhenti merakam gambar kenangan dan bersalaman dengan kami.
Katanya idea untuk pulang ke kampung berbasikal ini meuncul kerana minat keluarganya akan aktiviti ini.
Laluan pulang ke Sabak Bernam yang masih dalam proses naik taraf dan pembinaan selalunya sesak terutama pada musim perayaan.
Kami pulang semula ke Klang pada hari raya keempat dengan melakukan kayuhan basikal juga.
Jelas Abdul Rahim, mereka sekeluarga berhasrat untuk berbasikal mengelilingi Semenanjung Malaysia pada masa akan depan.
Kita juga hendak sampaikan mesej kepada masyarakat mengurangkan kesesakkan lalu lintas dan mengurangkan pencemaran bahan bakar karbon.
Sumber: Sinar Harian