Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan empat ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan.
Dalam satu kenyataan, SPRM memaklumkan individu terlibat ialah Asnida Abdul Daim dengan alamat terakhir di Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, Kajang, Selangor.

Turut dikesan ialah Md Wira Dani Abdul Daim yang alamat terakhirnya di Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Kelang, Kuala Lumpur.
Dua lagi individu ialah Muhammad Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim, masing-masing beralamat di Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku.
Menurut SPRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Asnida boleh menghubungi pegawai penyiasat Mohamed Daem Mohd Ali di talian 017-9127217 atau emel [email protected].
“Manakala untuk kes Muhammad Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin boleh menghubungi penyiasat Muhammad Ridhwan Mat Hussin di talian 019 8895174 atau email [email protected] serta Hardiansyah Ismail di talian 013539147 atau emel di [email protected],” menurut kenyataan itu lagi. – Malaysia Gazette
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
