Empangan Sungai Mekong Ditutup, Petani Dan Nelayan Terjejas Teruk Akibat Masalah Kemarau

Trending

Empangan Sungai Mekong Ditutup, Petani Dan Nelayan Terjejas Teruk Akibat Masalah Kemarau

Beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan iklim yang ketara dan taburan hujan yang berkurangan menyebabkan beberapa kawasan sering mengalami kemarau. Kawasan aliran Sungai Mekong juga tidak terlepas daripada mengalami keadaan seperti ini.

Keadaan diburukkan lagi apabila 11 empangan utama di sepanjang Sungai Mekong dikuasai oleh China dikatakan telah menyekat aliran air sungai ke negara-negara Suruhanjaya Sungai Mekong. Sekiranya negara China mengatakan bahawa negara mereka tidak menyumbang kepada faktor kemarau yang berlaku, data yang diperolehi menunjukkan sebaliknya.

Advertisement

empangan Sungai Mekong

Semasa kemarau, empangan Sungai Mekong China yang menampung sejumlah besar air disekat dan menyebabkan negara-negara di sepanjang hilir Sungai Mekong menghadapi kesukaran. Namun, kajian mendapati China masih mempunyai paras air yang tinggi berbanding negara lain ketika kemarau ini melanda.

Kerajaan China walau bagaimanapun membantah kenyataan tersebut dengan mengemukakan curahan hujan pada musim tengkujuh tahun lalu adalah rendah. Sungai Mekong menjadi nadi utama kepada rakyat khususnya golongan petani di Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar dan juga Vietnam (Suruhanjaya Sungai Mekong).

petani

Seorang rakyat Vietnam telah membuat perkongsian di laman Twitter yang mendedahkan bahawa China merupakan penyebab ke atas aktiviti pertanian dan perikanan di negara Suruhanjaya Sungai Mekong yang terjejas dengan teruk sekali.

Golongan nelayan yang bergantung kepada hasil tangkapan di Sungai Mekong menyatakan pendapatan mereka menurun dengan mendadak. Mereka juga menyatakan keadaan ini berlaku apabila China sering bertindak untuk menutup kemasukan aliran air di Sungai Mekong.

nelayan

Golongan petani menghadapi kerugian teruk kerana hasil tanaman yang diusahakan telah rosak. China juga dikatakan sering melepaskan air di empangan Sungai Mekong secara tiba-tiba dan menyebabkan berlakunya banjir. Ketika kemarau tahun lalu, bahagian bawah Sungai Mekong berada pada tahap paling terendah dalam tempoh 50 tahun.

Petani dan nelayan dapat menyaksikan paras air sungai surut sehingga mendedahkan tebing pasir di sepanjang kawasan sungai. Kualiti air juga bertukar kepada warna keruh daripada biru terang yang menunjukkan bahawa paras air sungai yang sangat cetek.

Untuk makluman, Sungai Mekong adalah sungai yang ke-12 terpanjang di dunia. Sungai ini bermula dari utara China ke selatan Vietnam sejauh 4,350 kilometer.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...