Emosi Suami Ketika Isteri Mengandung, Pengaruhi Perkembangan Anak Yang Dikandung? Doktor Ini Kongsi Sebabnya

Trending

Emosi Suami Ketika Isteri Mengandung, Pengaruhi Perkembangan Anak Yang Dikandung? Doktor Ini Kongsi Sebabnya

header-ibu

Emosi si ibu ketika hamil adalah tidak stabil, sensitif dan mudah terusik. Perkara ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon dan ditambah pulak dengan gangguan kesihatan seperti loya, cepat letih, pening kepala dan macam-macam lagi.

Advertisement

Peranan suami sangat penting dalam menjamin pembesaran bayi di dalam kandungan sihat dan normal. Perkara ini telah dibuktikan oleh Professor Dr Parinaz Humranwala menerusi sofware yang dihasilkan oleh beliau..

Software untuk menganalisa ‘temperament seseorang…

temperant-insight

Emosi ayah semasa ibu mengandung mempengaruhi perkembangan anak yang dikandung.

Hujung minggu lepas saya hadir bengkel Homeopathy di Cyberjaya University College of Medical Sciences.

Pensyarah jemputan Professor Dr Parinaz Humranwala telah menghasilkan sebuah software yang boleh analisa ‘temperament’ seseorang dan kaitkan dengan ubat homeopathy yang serasi.

Yang saya ingin utarakan hari ini adalah sebuah ungkapan yang disebutnya.

Mendapati perangai dan tindak tanduk ayah mempengaruhi bayi dikandung…

Perangai dan tindak-tanduk ayah terhadap isterinya dan perasaan serta emosi ayah semasa ibu sedang mengandung akan mempengaruhi bayi yang dikandung!

Saya memang banyak jumpa ibu mengandung yang tertekan dengan suaminya dan mengadu tentang perbuatan suami .

Ada kalanya saya akan panggil suami untuk terangkan kepadanya  untuk prihatin dan berikan perhatian yang lebih kepada isteri serta sabar melayan kerenah isteri yang sedang mengandung namun tidak semua suami boleh terima apa yang saya katakan.

Seorang suami yang pemabuk dan kaki pukul menghasilkan anak yang berperangai serupa…

Dr Parinaz ceritakan sebuah kisah seorang suami yang pemabuk ( ini di India ) dan sering pukul isterinya setiap malam setelah balik dari ‘bar’ . Pada paginya dia amat menyesal dan berjanji tidak akan buat lagi tetapi mengulanginya juga.

Semasa isterinya mengandung, isterinya membuat keputusan untuk lari dari rumah maka semasa 7 bulan mengandung dia berpindah kebandar lain dan mengutus email kepada suaminya yang berkata dia sedang tuntut cerai dan tidak akan balik lagi.

Semasa anak, lelaki, berumur 5 tahun, pada satu malam anaknya itu memukul ibunya pada tengah malam dan pagi esoknya, apabila ibunya bertanya dia menjawab betapa dia sayang sangat pada ibunya dan tidak pernah dan tidak akan memukul ibunya .

Nyata perbuatannya tengah malam tidak disedari . Mujurlah bagi anak ini dan ibunya Dr Parinaz berjaya merawat emosi yang pelik ini, yang mungkin telah diturunkan kepadanya semasa ibunya mengandung dulu.

Saya sendiri ada banyak kisah begini dimana apa yang berlaku semasa ibunya mengandung mempengaruhi kandungan dan jangan ingat emosi sahaja yang boleh terjejas, mungkin ada juga fisikal yang terjejas.

Inilah sebab utama kenapa si ayah perlu meluangkan masa bersama isteri untuk mengelakkan tekanan emosi kepada si ibu seterusnya memberi kesan negatif kepada anak.

Perkara sebegini mungkin dianggap remeh tetapi sebenarnya sangat penting kerana anak-anak merupakan cerminan kepada ibubapa itu sendiri.

Sama-sama kita ambil perhatian.

sumber : facebook Dr. Suriyakhatun 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...