“Emosi Saya..” – Abby Abadi ‘Update’ Keadaan Diri Setelah Isu Anak Perempuan Didakwa Musnahkan Perkahwinan Orang Lain

Hiburan

“Emosi Saya..” – Abby Abadi ‘Update’ Keadaan Diri Setelah Isu Anak Perempuan Didakwa Musnahkan Perkahwinan Orang Lain

Pelakon Abby Abadi memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja meskipun anak perempuan, Marissa Dania baru-baru ini terpalit dengan isu memalukan di media sosial.

Ujar Abby, dia okay sahaja dan tidak rapuh sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia berada dalam fasa kesedihan setelah anaknya itu digelar penyondol rumah tangga orang lain.

Advertisement

Saya okay, tidak rapuh. Banyak sangat akaun TiKTok yang dicipta menggunakan nama saya dan anak-anak kemudian sedap nak maki hamun orang.

Sudah tiada kerja agaknya orang Malaysia ni. Tiada rapuh-rapuhlah, saya okay sahaja.

Dia dalam pada itu memohon kepada orang ramai agar tidak melemparkan sebarang komen berbaur negatif secara semborono tanpa memeriksa pemilik sebenar mana-mana akaun TikTok yang menggunakan namanya.

Abby Abadi

Tengok-tengoklah dahulu sebelum nak meninggalkan komen sebab akaun itu bukan milik kami. Jangan main serbu sahaja nak maki hamun orang lain.

Abby juga berpendapat bahawa dugaan yang melanda keluarganya itu sebagai ujian daripada Allah yang perlu ditempuhi selagi bernafas.

Selagi hidup, selahi itulah kita akan diuji. Ujian tanda Allah S.W.T peduli. Terus jaga diri, jaga solat jaga hak Allah sebaiknya okay.

Terdahulu, terdapat beberapa akaun palsu di Tiktok telah mengambil kesempatan untuk menggunakan isu berkaitan keluarganya sebagai bahan konten.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman hakim
1 year ago

"Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Ke Atas Mana-Mana Lelaki" - Video Ucapan Norman Buat Marissa Tular Kembali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...