Emosi Pelajar SMKA TDML Terganggu, Guru Tampil Bersuara – “Kereta Lalu Lalang Jerit ‘Pembuli’ & ‘Pembunuh’, Inikah Suara Keadilan?”

Berita

Emosi Pelajar SMKA TDML Terganggu, Guru Tampil Bersuara – “Kereta Lalu Lalang Jerit ‘Pembuli’ & ‘Pembunuh’, Inikah Suara Keadilan?”

Melalui laporan Kosmo, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah memaklumkan para pelajarnya sering mengalami tekanan emosi sejak berlakunya insiden kematian Allahyarham Zara Qairina.

Orang ramai lalu lalang jerit ‘pembuli’ & ‘pembunuh’, ganggu emosi pelajar

Difahamkan, guru bernama Amit Hamid berkata ia ekoran orang ramai yang melalui kawasan perkarangan hadapan sekolah menjerit perkataan ‘pembuli’ dan ‘pembunuh’ kepada pelajar yang sedang beriadah atau yang sedang menunggu giliran untuk mengambil wuduk.

Advertisement

pelajar smka tun datu mustapha

Inikah suara keadilan yang ditegakkan oleh netizen? Seolah-olah semua warga sekolah ini adalah pembunuh dan pembuli.

Ramai pelajar pindah sekolah

Lebih teruk, akibat emosi terlalu terganggu, terdapat beberapa pelajar memilih untuk berpindah sekolah lain, malah jumlah tersebut semakin hari, semakin bertambah.

Secara tidak langsung, guru tersebut berkata ia bakal menghancurkan institusi pendidikan agama Islam.

Malahan kempen perhimpunan boikot sekolah di hadapan sekolah ini mendapat sambutan ramai di media sosial. Saya sangat-sangat sedih, terdapat golong agamawan turut terpengaruh dengan fitnah yang tersebar.

Zara Qairina

“Beri kami ruang, kami merayu..”

Tambahannya lagi, pihak sekolah juga mahukan keadilan terhadap kes arwah Zara ini dan memaklumkan pihak berkuasa serta sekolah telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan berlangsung.

Berilah ruang untuk kami warga TDML dapatkan ketenangan. Kami merayu dan memohon jangan ganggu anak-anak kami tidak bersalah, kami sayangkan sekolah ini. Hakikatnya Allah akan mengangkat doa-doa mereka yang dizalimi. Warga TDML tidak pernah diam atau membisu.

Anak bekas PM dadah
2025-08-25 09:54:22

Tular Foto Anak Bekas Perdana Menteri Yang Ditangkap Sebab Dadah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...