Psikologi isteri yang berjauhan dari suaminya tidak sama psikologi dengan isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya. Sejauh mana kebenarannya?
Oleh Sebab itu, tempat yang terbaik bagi seorang isteri adalah di sisi suaminya kerana di sana akan ada sokongan emosi, perasaan, kewangan dan sosial.
Seorang isteri yang kerap bersendirian selama beberapa tempoh menguruskan dirinya serta anak mengalami beberapa tekanan yang jauh lebih dahsyat berbanding isteri yang mengalami tekanan namun masih ada suami disisinya.
Tekanan yang dirasakan isteri yang berjauhan juga tidak sama dengan tekanan suami kerana suami hanya menguruskan dirinya sahaja tanpa melibatkan pengurusan anak.
Isteri sentiasa bangkit dengan mengumpul kekuatan-kekuatan untuk hari-hari yang dihadapi. Isteri sentiasa berehat dengan fikiran yang sentiasa berjaga demi hari esok. Maka tidak hairanlah jika tahap kesihatan seorang isteri yang berjauhan, jauh lebih teruk berbanding isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya.
Hati terseksa boleh menjejaskan tahap kesihatan walau ada senyuman yang terukir. Jauh di sudut hatinya menangis sendiri. Oleh sebab itu, jika terpaksa berhubungan secara jarak jauh, lebih keraplah bertanya khabar. Selain boleh mengutuhkan lagi hubungan kasih sayang, malah cinta juga makin bersemi.