Emosi Anak AC Mizal Terganggu Melihat Gaya Hidup Mewah Ayahnya

Hiburan

Emosi Anak AC Mizal Terganggu Melihat Gaya Hidup Mewah Ayahnya

Sedih pulak membaca cerita bekas isteri AC Mizal, Shafnie yang terpaksa meminjam duit daripada ayahnya untuk menyara dua anaknya. Kenyataan tersebut diberikan oleh ayah Shafnie semasa kes tuntutan pengubahan nafkah anak di antara Shafnie dan AC Mizal.

shafnie

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, AC Mizal kini memberikan nafkah sebanyak RM300 sebulan kepada Shafnie untuk menyara anak mereka berdua. Shafnie ingin mengubahnya kepada RM3,770. Baca entri ini sepenuhnya untuk artikel sepenuhnya.

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya.

Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.

Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah.

Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan:

”Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,” jelasnya.

Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.

”Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana,” jelas Rafiah.

Rafiah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berhubung kes tuntutan pengubahan nafkah anak yang dikemukakan oleh Shafnie, 35, selaku plaintif terhadap bekas suaminya, AC Mizal, 39.

Ketika sesi soal balas oleh peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal selaku defendan, saksi kedua plaintif itu menafikan isu tuntutan pengubahan nafkah anak terbabit difailkan selepas Shafnie bercerai menerusi perkahwinan keduanya.

Jelas ibu Shafnie, anak perempuannya itu pernah berkahwin dengan lelaki lain selepas bercerai dengan AC Mizal, namun beliau tidak mengingati bila tarikh pernikahan tersebut berlangsung.

Dalam permohonan pengubahan nafkah anak, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Azmi Rais menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.

Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).

Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...