Emoji “Jari Tengah” WhatsApp Di Dakwa Melanggar Undang-Undang Oleh Seorang Peguam

Trending

Emoji “Jari Tengah” WhatsApp Di Dakwa Melanggar Undang-Undang Oleh Seorang Peguam

Baru-baru ini WhatsApp Inc, syarikat milik Facebook mendapat notis dari seorang peguam di India bagi mengeluarkan emoji “jari tengah” daripada aplikasi perbualan WhatsApp dalam masa 15 hari. Jika gagal berbuat demikian, tindakan unda-undang mungkin akan dikenakan.

Advertisement

Gurmeet Singh berkata, menunjukkan simbol “jari tengah” bukan sahaja merupakan gerak isyarat yang dapat menyinggung perasaan, akan tetapi merupakan isyarat bermusuhan, kesat, lucah dan menjelikkan yang menyalahi Kanun Keseksaan Negara itu.

Menurut Seksyen 354 dan 509 Kanun Keseksaan India, gerak isyarat menjelikkan, lucah dan menyinggung kepada wanita adalah merupakan satu kesalahan.

Dengan menawarkan emoji ‘jari tengah’ dalam aplikasi kamu, kamu (WhatsApp Inc) secara langsung bersubahat dalam pengunaan gerak isyarat yang menyinggung, lucah dan menjelikkan

Menurutnya lagi, emoji adalah meupakan imej kecil yang digunakan pengguna bagi menyatakan perasaan.

Gurmeet juga mengancam untuk memfailkan kes sivil atau jenayah jika WhatsApp Inc gagal untuk mengeluarkan emoji “jari tengah” tersebut dalam tempoh 15 hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...