October 27th, 2011

Patutlah rasa macam pernah nampak juga gaun Bottega Veneta yang digayakan oleh Kwon Yuri dari SNSD untuk Cosmopolitan Isu September 2011 dan Fasha Sandha untuk muka hadapan Glam Isu November 2011. Emma Watson yang comel terlebih dahulu memakai gaun tersebut di majlis tayangan perdana Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 di New York.

Cuma mungkin fabrik dari pinggang ke bawah Emma berwarna emas manakala Yuri dan Fasha mengenakan yang berwarna tembaga. So pada fans Fasha dan Yuri, jangan gaduh lagi la ya. Emma was the first to have donned the Bottega gown. Salam tangan balik, salam tangan balik. Kredit pada komentator mia_zzz untuk tip tersebut.


Comments are closed.

Loading...