Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Emma Maembong Tidak Desak Ayah Beri Restu Untuk Berkahwin, Akui Naluri Keibuan Tinggi

Meskipun mengakui sudah bersedia untuk berkahwin  bila-bila masa sahaja apabila mendapat  lampu hijau daripada ayahnya,  Emma Maembong bagaimanapun tidak mahu terlalu mendesak ayahya untuk merestui hubungan beliau dan Kamal.

Advertisement

Bila sahaja Emma memberitahu beliau ingin berkahwin, ramai yang berkata umur Emma masih lagi muda. Adakah beliau sudah bersedia untuk  memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu?

Namun jelas Emma,beliau mempunyai naluri keibuan yang tinggi kerana mempunyai pengalaman menjaga anak-anak saudaranya sebelum ini.

Saya memang suka kanak-kanak. Ini kerana sejak kecil lagi saya sudah membantu kakak menjaga anak-anak mereka terutama pada musim perayaan.

Saya rela membantu mereka. Bukan saya saja, adik saya, Chacha juga bijak mengendalikan anak saudara kami yang semakin bertambah bilangannya.

Banyak mana pun kita cintakan seseorang, restu ibu bapa itu penting dalam setiap perhubungan. Baguslah kalau Emma dan Kamal tidak terlalu mendesak kerana seorang ayah itu cukup masak dengan perangai anak-anak dan tahu apa yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top