Emma Maembong Sudah Ada Kekasih Baru?

Hiburan

Emma Maembong Sudah Ada Kekasih Baru?

Sebelum ini, pelakon Emma Maembong digosipkan menjalin hubungan cinta dengan  Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan Syed Saddiq. Namun, hubungan mereka terlerai selepas dihimpit kontroversi foto panas mereka tersebar.

Advertisement

Terbaru, menerusi kiriman e-mail yang diterima oleh Miss K di portal Astro Gempak, Emma dikatakan sedang rapat dengan seorang penyanyi rap berdarah campuran Cina dan India.

Foto mereka juga ada dimuat naik di akaun Instagram penyanyi rap tersebut ketika mereka  bercuti di Hong Kong pada hujung April lalu bersama adik Emma iaitu Chacha Maembong dan juga rakan-rakan lain.

Dengarnya, hubungan Emma dan Abdullah didakwa berantakan dan kini, mereka sudah membawa haluan masing-masing. Miss K pun hairan juga. Ye lah, kan Emma kata dia tak ada hubungan istimewa dengan Abdullah, tiba-tiba ada orang kata dah putus Mungkin mereka menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan ramai.

Tapi, Zizi ada memberikan satu info terbaru juga. Dakwa Zizi, Emma kini sedang rapat dengan seorang rapper yang berdarah campuran Cina dan India. Ala, Chindian gitu. Rapper yang bernama Ashtin tu pernah muncul dengan album yang berjudul ‘Chindian The Album’ dan antara lagu popularnya ialah Ngam, kolaborasi bersama Altimet.

Sejauh mana kebenaran berita ini tidaklah kami ketahui. Kalau betul, kami harap Emma bahagia dengan pilihannya. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada tuan empunya badan nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...