Emma Maembong Rai Kemenangan ABPBH37, Ucapan Sarah Yasmin Curi Perhatian – “Orang Teraniaya…”

Hiburan

Emma Maembong Rai Kemenangan ABPBH37, Ucapan Sarah Yasmin Curi Perhatian – “Orang Teraniaya…”

Fatimah Rohani Ismail atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong sekali lagi menjadi sebutan apabila pelakon popular itu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Aktres TV Popular pada sebuah acara anugerah berprestij yang ditentukan menerusi undian peminat.

Kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi satu pengiktirafan besar terhadap bakat lakonannya, malah dilihat melengkapkan perjalanan seni Emma yang penuh cabaran, pengorbanan dan usaha berterusan sepanjang bergelar anak seni.

Advertisement

Dikenali dengan lakonan yang penuh emosi serta mudah menyentuh hati penonton, kejayaan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Emma sebagai antara aktres televisyen paling digemari di Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tampil mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan moral kepada Emma, selain rakan-rakan artis yang turut membanjiri ruangan tersebut dengan komen positif.

Namun, satu komen daripada pelakon Sarah Yasmin dilihat mencuri perhatian dan mengundang tanda tanya dalam kalangan warganet.

sarah yasmen

“Sangat cantik dan bangga. Dah cakap dah, orang yang teranaiya itu mesti akan dapat balik 10 kali ganda dalam rezeki,” tulisnya.

Komen tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi, meskipun tiada penjelasan lanjut diberikan mengenai maksud sebenar kenyataan itu.

Di akhir perkongsian, Emma turut mengajak peminat untuk sama-sama meraikan kejayaan berkenaan, sekali gus membuktikan hubungan erat yang terjalin antara dirinya dan para peminat yang sentiasa setia menyokong perjalanan kerjayanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

izara Aishah
2025-12-17 15:01:36

Izara Aishah Minta Datuk Aliff Syukri Untuk 'Behave' & Jadi Diri Sendiri, Apakah Puncanya?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...