Emma Maembong Nikah Khamis Ini?

Hiburan

Emma Maembong Nikah Khamis Ini?

Baru-baru ini, hangat diperkatan mengenai gosip Emma Maembong bakal menamatkan zaman bujangnya pada Februari ini dan dikhabarkan, bakal suaminya itu kacak orangnya dan mempunyai wajah ‘Chinese look’.

emma maembong nikah khamis

Advertisement

Terbaru, Emma dikatakan bakal melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr S pada Khamis ini. Difahamkan, majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Sebelum ini, ada yang mengatakan bakal suami Emma bukan calang-calang orangnya dan merupakan kerabat diraja. Namun, dakwaan itu tidak benar dan jejaka yang berjaya menawan hati Emma sebenarnya bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan dan berusia 32 tahun.

emma maembong kahwin

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Malah, segala butiran lanjut untuk majlis raja sehari mereka tidak didedahkan bagi menghormati permintaan keluarga pihak perempuan.

emma maembong nikah khamisMeskipun berita tentang perkahwinannya sudah hangat diperkatakan, Emma masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Jika perkhabaran ini benar, tahniah kami ucapkan. Pasti ramai peminat yang  tidak sabar untuk melihat Emma naik pelamin dan ingin mengetahui siapakah gerangan jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...