Emma Maembong Nafi Berdendam Dengan Zizan Razak

Hiburan

Emma Maembong Nafi Berdendam Dengan Zizan Razak

Beberapa hari lepas, Emma Maembong telah menulis status yang ditujukan khas buat Zizan Razak menerusi akaun Twitter beliau dimana Emma ada menyebut agar pelawak terkenal itu tidak lagi hipokrit dan menjaja kisah buruk tentang beliau kepada media sedangkan hakikatnya Zizan seorang “playboy”.

Advertisement

Wujud dakwaan sesetengah pihak ataupun kipas susah mati Zizan yang mendakwa Emma sengaja mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana masih lagi berdendam dengan Zizan.

Emma pula mengakui pada waktu tersebut beliau merasa marah dan geram kerana tidak tahu motif sebenar Zizan yang masih lagi mahu menceritakan keburukan Emma tetapi beliau sama sekali tidak menyimpan dendam terhadap Zizan.

Saya tulis status itu memang saya tengah marah dan geram pada ketika itu, saya tak faham kenapa masih lagi cerita-cerita keburukan mengenai diri saya disebarkan kepada teman-teman rapat saya. It’s too much, sudah-sudahlah masing-masing dah ada kerjaya yang perlu dibuat, saya sendiri masih tak faham kenapa perkara sebegini masih lagi berlaku.

emmaUntuk pengetahuan semua, Emma sebelum ini pernah cuba menghubungi Zizan untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi usaha itu gagal kerana tidak mendapat sebarang respon daripada bekas teman lelakinya itu.

Apabila isu ini menjadi panas setelah Emma memuat naik status tersebut, ramai yang ingin mengetahui perkara sebenar yang berlaku disebaliknya. Apa agaknya cerita buruk yang di sebarkan oleh Zizan tentang Emma? Walaubagaimanapun, Emma menerusi portal Murai enggan berkongsi perkara tersebut kepada umum.

Tidak apalah, biar saya sendiri sahaja yang tahu, kalau saya kongsikan kepada media, lagi parah dan teruk, hakikatnya saya sudah moved on. Tapi disebabkan perkara ini ada pihak yang menuduh saya masih lagi berada di takuk lama. Sebenarnya saya sudah pun lupakan segalanya, saya juga telah berusaha Whatsapp Zizan untuk menyelesaikan masalah ini secara dewasa, tapi tiada respon daripada pihak Zizan.

Pada kami, Zizan Razak harus move on dan tidak lagi pandang ke belakang apatah lagi beliau bakal mendirikan rumah tangga bukan? Cuba selesaikan apa yang terbuku didalam hati bersama Emma Maembong secara baik agar ia tidak lagi mengganggu kehidupan anda berdua.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...