Emma Maembong Nafi Ada Kekasih Baru, Tidak Pernah Bercinta Dengan Syed Abdullah

Hiburan

Emma Maembong Nafi Ada Kekasih Baru, Tidak Pernah Bercinta Dengan Syed Abdullah

Kisah peribadi pelakon Emma Maembong sering menjadi perhatian ramai, kali ini dia didakwa sudah ada kekasih baru apabila kerap memuat naik foto mesra bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Noki.

Advertisement

Emma sudah mengenali lelaki itu sejak tujuh tahu lalu dan mengakui hubungan mereka agak rapat.

Sebenarnya Noki adalah adik kepada kawan baik saya iaitu Lala dan kami sudah kenal satu sama lain sejak tujuh tahun lalu.

Sebelum ini, saya ada juga berkongsi gambar dengan dia tapi mungkin orang baru perasan dan mula berkata-kata sebab sekarang dia semakin popular. Saya dan dia tiada sebarang hubungan istimewa pun tapi kami memang berkawan baik.

Dalam pada itu, Emma turut menjawab status hubungannya dengan Syed Abdullah dimana mereka sebelum ini dikatakan hangat bercinta.  Menurutnya, mereka tidak pernah pun menjalin hubungan istimewa seperti yang digembar-gemburkan.

Sejak bila kami bercinta? Saya dan dia berkawan sahaja. Saya sentiasa berhubung baik dengan semua orang sebab bagi saya tak salah pun kita ada ramai kawan.  Tapi, setakat ini saya masih solo, selagi belum berkahwin.

Terdahulu, kontroversi Emma dan Syed Abdullah mula tercetus apabila foto mesra mereka berpelukan tersebar. Pada masa yang sama, Emma ketika itu mengambil keputusan tampil dengan imej tidak bertudung.  Mereka juga pernah memuat naik beberapa foto bersama di Instagram, dan Emma juga pernah ke Dubai untuk meraikan hari jadi jejaka itu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

23 Comments

  1. Anonymous

    July 30, 2019 at 2:23 pm

    KITA RASA ITS GD FOR HER TO HAVE LOTS OF FREN BELUM MASA DIA JUMPA DGN JODOH DIA KUT,SEMUA LELAKI YG DIA KENAL ARTIS KA TAK SEMUA PLAY BOY AFTER ALL DIA MASI MUDA KAWIN AT 30 PON OK OR 40,KAWIN AWAL AWAL BUAT APA ADA SETENGAH ARTIS KAWIN GRAND GRAND BELUM SAMPAI SETAHUN OR DUA DAH BECERAI BUAT APA NA KAWIN,KAWIN OLOK OLOK TOUCH AND GO,IS ALL CREPT,ENJOY UR LIFE EMMA AND GD LUCK

  2. ikan

    July 29, 2019 at 9:05 pm

    cia cia cia dah macam bola la asek kena pass merata

  3. wan Mohd

    July 29, 2019 at 7:28 pm

    ikut emma laa asal emma bahagia sudah cukup utk sy…. kakakkaakakakkakaaaa

  4. ikhwan

    July 29, 2019 at 5:32 pm

    semoga menjumpai jodoh yang baik baik aja

  5. Man

    July 29, 2019 at 4:58 pm

    Mcm gampang la ko ni kembong oiiii …ajet2 laku keras la tu puihhh

Loading...