Ramai yang ingin tahu betul atau tidak kejadian itu berlaku kerana Emma merasa cemburu dengan Kamal yang memandang perempuan lain sewaktu mereka berdua keluar bersama.
Hanya berdiam diri mengenai berita tersebut sebelum ini, Emma menerusi portal Murai mengakui beliau ada menampar Kamal. Namun, buat mas aini beliau tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai tindakannya itu.
Ya betul, memang saya ada lakukan perkara itu (menampar Kamal). Tapi saya tidak boleh jelaskan sekarang kenapa saya melakukannya.
Ada sesetengah pihak mendakwa ia hanya sekadar gimik kerana penjelasan tentang perkara berkenaan akan disiarkan menerusi rancangan Melodi TV3 pada hari Ahad ini.
Apa sebenarnya yang terjadi? Hurmm, sama-sama kita nantikan perkembangannya Ahad ini. Mungkin kah ada kejutan daripada mereka?