Meskipun hubungan asmara Emma dan Zizan sudah berakhir. Aktres jelita ini menyatakan beliau masih lagi berkawan baik dan menyokong kerjaya bekas kekasihnya itu. Walaubagaimanapun, buat masa ini Emma enggan menaruh sebarang harapan pada pelawak tersebut.
Kami sudah berkawan selama dua tahun dan kami saling mengenali keluarga masing-masing serta berbincang untuk ke peringkat seterusnya. Nak ke kita putuskan begitu saja?
Saya tidak pernah memberi kenyataan sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia (Zizan). Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya.
Orang luar membuat andaian bahawa saya berada disamping Zizan ketika dia senang saja adalah tidak benar sama sekali.
Bukan mudah untuk melupakan atau memadam begitu sahaja memori serta ikatan yang sudah terjalin untuk beberapa tahun. Kami sokong dengan tindakan Emma Maembong yang tidka mahu bermusuh mahupun berdedam dengan bekas kekasih kerana kedua-duanya berada dalam satu industri yang sama. Jika ada jodoh lagi buat mereka pada masa hadapan siapa yang tahu bukan?