Emma Maembong Ingin Memikat Hati Syed Saddiq?

Hiburan

Emma Maembong Ingin Memikat Hati Syed Saddiq?

Tindakan pelakon Emma Maembong memuat naik video “boomerang” bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menimbulkan spekulasi liar dimana Emma didakwa ingin memikat hati dan mengambil kesempatan terhadap pemuda yang menjadi pujaan ramai itu. Ramai yang mempertikaikan mengapa Emma tiba-tiba mahu menunjukkan kemesraan mereka bersama.

Advertisement

Namun, Emma menafikan tuduhan tidak berasas tersebut.Beliau dan Syed Saddiq sebenarnya sudah lama berkawan baik.

Saya dikecam kononnya mahu mengambil kesempatan ke atas Syed Saddiq selepas memenangi kerusi Ahli Parlimen. Anda semua boleh tengok akaun Instagram saya di mana saya sebenarnya sudah lama berkawan dengan beliau.

Kami mula berkawan apabila saya mengutus mesej kepada Syed Saddiq meminta beliau membuat kejutan pada majlis hari jadi pembantu peribadi saya yang menyukai ketokohannya berdebat.

Sebelum ini, apabila saya memuat naik foto bersama dirinya, tiada siapa kisah. Sekarang, apabila beliau sudah jadi Ahli Yang Berhormat, baru orang perasan.

Dalam pada itu, Emma turut menepis dakwaan beliau sedang bercinta dengan Alvin Chong. Buat masa ini, Emma tidak mahu memikirkan lagi soal percintaan dan hanya mahu fokus kepada kariernya sahaja.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...