Masihkah anda ingat lagi perselisihan faham yang terjadi di antara Emma Maembong dan pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail? Semuanya bermula apabila adik Emma iaitu Chacha Maembong tidak memakai baju rekaan Ezuwan Ismail untuk Anugerah Skrin 2014. Mahu membela adiknya, Emma Maembong telah tampil meminta agar Ezuwan tidak hanya mencari kesalahan orang lain, sebaliknya turut sama mencermin diri sendiri.
Sudah hampir setahun episod hitam itu berlaku, akhirnya perbalahan antara mereka berdua berakhir jua. Emma Maembong dan Ezuwan Ismail telah pun berdamai. Abang Nara respek kepada Emma kerana telah bertemu Ezuwan secara peribadi dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Kata Ezuwan Ismail:-
Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya.
Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu.
Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini. Lagi pula industri ini kecil sahaja, tiada guna bermasam muka.
Kan bagus macam ini. Memang dunia hiburan Malaysia ini kecil sangat-sangat. Gaduh lama-lama pun tak guna. Lagi-lagi pereka fesyen dan selebriti memang memerlukan antara satu sama lain. Kalau tak ada selebriti, tak femeslah pereka fesyen. Dah kalau tak ada pereka fesyen, tak glamerlah pakaian selebriti tersebut. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua pihak yang terlibat. Sumber Mstar Online.