Emma Maembong Doakan Perkahwinan Shikin & Cat Farish Yang Terakhir – “Masing-Masing Dah Kali Ketiga”

Hiburan

Emma Maembong Doakan Perkahwinan Shikin & Cat Farish Yang Terakhir – “Masing-Masing Dah Kali Ketiga”

Pelakon jelita, Emma Maembong berkata dia bersyukur kakaknya, Shikin bakal bernikah dengan penyanyi, Cat Farish tidak lama lagi.

Dia bagaimanapun tiada tips mahu pun nasihat untuk diberikan kepada bakal mempelai tersebut tetapi hanya berdoa agar perkahwinan mereka itu yang terakhir.

Advertisement

Tambahnya, Shikin nampak lebih ceria apabila bersama dengan Cat meskipun banyak berdepan dengan ujian dalam hidupnya sebelum ini.

Kegembiraan itu juga bukan hanya terlihat pada Shikin dan Cat namun kata Emma anak-anak mereka berdua juga turut nampak bahagia meluangkan masa bersama.

Masing-masing merupakan perkahwinan ketiga, saya tidak boleh bagi tips atau nasihat kepada mereka sebab saya tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Yang pasti, saya berdoa ini yang terakhir untuk mereka.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Farish (@catfarish)

Emma berkata dia rasa yakin bahawa kakaknya itu benar-benar bahagia kerana Shikin sering melakukan ‘benda gila’ bersama Cat berdua.

Kali ini dia betul-betul gembira yang saya sendiri tak pernah lihat dia gembira sebegini.”

Cat dan Shikin bakal berkahwin namun setakat ini tarikh, lokasi dan maklumat lain berkenaan hari bahagia mereka tidak didedahkan oleh pasangan itu lagi.

Emma maembong shikin maembong
11 months ago

"Emma Gigih Cari Tajaan Kahwin" - Cat Farish Dan Shikin Maembong Nikah 14 Julai, Nak Buat Majlis Besar-Besaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...