Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Emma Maembong Doa Temui Lelaki Bimbing Ke Jalan Baik

emma maembong promosi produk kembalikan dara

Terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang tahun ini, pelakon cantik Emma Maembong menyifatkan ia adalah proses mematangkan dirinya.

emma maembong lelaki baik

Advertisement

Banyak pengajaran yang Emma dapat daripada kontroversi yang berlaku, dia bersyukur Allah SWT masih memberikan peluang untuk dirinya merasakan sedikit sinar kebahagiaan dan kemanisan disebalik setiap detik hitam yang dilalui. Malah, pada masa yang sama, dia turut berpeluang untuk terus  berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik.

Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua itu saya anggap sebagai proses pembelajaran dan paling penting, saya terus memandang hari depan.

emma maembong kontroversi

Dalam meniti hidup, pasti akan ada titik hitam yang kita lalui, namun ia tidak pernah membuatkan saya berhenti daripada berusaha menjadi insan lebih baik. Alhamdulillah, saya masih diberikan ruang untuk mencari rezeki sebagai anak seni dan tetap disayangi peminat, terutama Emanizers.

Emma juga berkata dia juga tidak kesal apabila masih solo selepas beberapa episod percintaan kecundang di tengah jalan.  Dia selalu berdoa agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.

Advertisement

emma maembong

Saya tidak memilih dalam berkawan, cuma ketika ini, saya dahulukan fokus untuk mencari rezeki. Saya belum puas berlakon dan berharap dapat menambah ilmu untuk memperbaiki diri dalam bidang ini.

Jangan terburu-buru dalam mengejar cinta, jodoh itu ada untuk anda, cuma waktu dan insan yang tepat belum tiba. Apa yang penting, jangan berhenti berdoa, inshaAllah, pasti satu hari nanti Emma akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang sesuai dan terbaik buat dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. yippy

    December 18, 2019 at 4:56 pm

    eh,dh x kapel dgn abg YB syed lg ke…

  2. Anonymous

    December 18, 2019 at 1:47 pm

    Nak pilih lelaki baik adalah perkara baik tapi kita sendiri pun kena lah jadi baik juga. Jangan nak laki baik tapi diri x nak jadi baik. Kita nak pilih2..org pun pilih kita jugak. Baik ke kita tak? ” semoga mendpt jodoh yg baik2. Aamiin

  3. korok

    December 18, 2019 at 12:22 pm

    patut bersyukur diberi peluang masih hidup…pokok pangkal diri sendiri ko yg kena berubah gak…jgn la harapkan org lain merubah kehidupan ko…bdk2 tadika pun pandai pakai tudung…mual nya dgr statement artis cmni

  4. aku suami dri asia selatan, syg penyayang, rajin, x lokek...sesuci islam

    December 18, 2019 at 12:12 pm

    satu negeri 1 masjid kau berdoa, doalah dn berkatalah “Ya Allah temukan lah aku dgn lelaki dlm dunia ni, org yg baik, suami yg penyayang, rajin kerja, yg penting halal dan suci dlm islam.

  5. Anonymous

    December 18, 2019 at 11:58 am

    entah laa..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top