December 18th, 2019

Terpalit dengan pelbagai kontroversi sepanjang tahun ini, pelakon cantik Emma Maembong menyifatkan ia adalah proses mematangkan dirinya.

emma maembong lelaki baik

Banyak pengajaran yang Emma dapat daripada kontroversi yang berlaku, dia bersyukur Allah SWT masih memberikan peluang untuk dirinya merasakan sedikit sinar kebahagiaan dan kemanisan disebalik setiap detik hitam yang dilalui. Malah, pada masa yang sama, dia turut berpeluang untuk terus  berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik.

Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua itu saya anggap sebagai proses pembelajaran dan paling penting, saya terus memandang hari depan.

emma maembong kontroversi

Dalam meniti hidup, pasti akan ada titik hitam yang kita lalui, namun ia tidak pernah membuatkan saya berhenti daripada berusaha menjadi insan lebih baik. Alhamdulillah, saya masih diberikan ruang untuk mencari rezeki sebagai anak seni dan tetap disayangi peminat, terutama Emanizers.

Emma juga berkata dia juga tidak kesal apabila masih solo selepas beberapa episod percintaan kecundang di tengah jalan.  Dia selalu berdoa agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.

emma maembong

Saya tidak memilih dalam berkawan, cuma ketika ini, saya dahulukan fokus untuk mencari rezeki. Saya belum puas berlakon dan berharap dapat menambah ilmu untuk memperbaiki diri dalam bidang ini.

Jangan terburu-buru dalam mengejar cinta, jodoh itu ada untuk anda, cuma waktu dan insan yang tepat belum tiba. Apa yang penting, jangan berhenti berdoa, inshaAllah, pasti satu hari nanti Emma akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang sesuai dan terbaik buat dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE


10 responses to “Emma Maembong Doa Temui Lelaki Bimbing Ke Jalan Baik”

  1. Anonymous says:

    Setuju

  2. Anonymous says:

    Hmmm nak tunggu lelaki bimbing. Garik. Abah hang pun laki gak. Slut~

  3. monyet chomel says:

    tak perlu lelaki utk berubah… berubah kerana Allah bukan lelaki…

  4. Kamal Bahrin says:

    Senang je, kita kenalah jadi baik dulu

  5. ikan says:

    yang nak mengharapkan orang bawak kau baik tu dah kenapa? buatla sendiri.

Loading...