Pelakon cantik dan berbakat, Emma Maembong, akhirnya mengesahkan kisah hubungannya dengan selebriti DJ kelab malam terkenal, DJ Kidd, bukan sekadar gosip semata. Mengakui mereka kini berada dalam fasa saling mengenali, Emma menegaskan bahawa hubungan mereka tidak dipaksa atau didramakan.
Saya tak nak komen lebih. Saya tak nafi atau mengiyakan fasal hubungan kami. Apa yang boleh saya katakan kami dalam fasa mengenali satu sama lain. Ada jodoh atau tiada, saya serahkan kepada takdir Ilahi. Itu semua rahsia Allah.
Emma turut menyatakan rasa selesanya berkawan rapat dengan DJ Kidd kerana mereka dikatakan mempunyai banyak persamaan. Tambahnya lagi:
Saya gembira dengan hidup sederhana ini. Saya pun manusia biasa dan boleh berkenalan dengan siapa saja.
Ketika ditanya mengenai harapan terhadap perhubungan itu, Emma menyatakan dia hanya mahu yang terbaik dan mengharapkan doa daripada peminat.
Sebelum ini, gosip mengaitkan Emma dengan DJ Kidd mula hangat selepas mereka dilihat beriringan pasangan di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025; Emma dalam persalinan hijau manis manakala Kidd tampil bergaya dengan blazer merah jambu. Foto mereka berdua dikongsi DJ Kidd di Instagram mendapat sorotan ramai peminat.
Sebelum kontroversi ini, Emma pernah menafikan dakwaan telah berkahwin dengan DJ Kidd dan menegaskan tiada hubungan istimewa seperti yang digosipkan. Selepas bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar pada Oktober lalu selepas lima tahun berkahwin, Emma kini selesa menjalani kehidupan solo bersama dua anaknya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.