Lama juga kan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli berpacaran. Tidak dinafikan, ramai yang suka melihat pasangan ini bersama, kalau boleh biarlah hubungan mereka ini dapat berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Namun, Emma sendiri memberitahu buat masa ini mereka berdua tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Kamal juga mahu Emma memberikan tumpuan kepada kerjayanya.
Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan. Dia mahu saya fokus kepada kerjaya dahulu. Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun akan cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga.
Orang pun mungkin muak untuk dengar, saya sedar mungkin kerana saya terlalu terbuka untuk berkongsi kisah cinta sehingga membuatkan orang mahu kami berkahwin. Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti.
Berbicara mengenai status terkini hubungan beliau bersama Kamal, Emma hanya menjawab Kamal adalah seorang kawan lelaki paling rapat dengannya.
Dia bukan lelaki istimewa dalam hidup saya kerana lelaki istimewa adalah bapa saya. Jika dia menjadi suami saya barulah boleh dipanggil lelaki istimewa. Buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya.
Peminat hanya ingin yang terbaik buat Emma dan Kamal kerana kedua-duanya pernah melalui episod duka dalam percintaan sebelum ini. Apa-apa pun, segala keputusan terletak di tangan mereka. Kalau ada jodoh ada lah. Tak gitu?