Aktres Emma Maembong berpendapat tiada salahnya jika seorang wanita yang merupakan ibu tunggal untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus bujang.
Kata pelakon berusia 33 tahun itu, dia percaya masyarakat zaman kini lebih ‘open minded’ dan tiada lagi stigma yang tidak baik terhadap situasi berkenaan.
Ada je ibu tunggal kahwin lelaki bujang
Ujar Emma, realitinya memang ada ibu tunggal di luar sana yang mengahwini lelaki bujang malah dalam kalangan selebriti juga ada.
Pada awalnya memang akan ada yang kecam, tetapi selepas mereka kecam, mereka akan diam. Saya juga boleh katakan, situasi ini wujud dalam realiti masyarakat zaman sekarang. Bukan lagi sesuatu yang pelik.
Ibu kepada dua cahaya mata itu mengulas tentang hal berkenaan ketika mempromosikan drama terbaru lakonannya, Seadanya Kita yang akan memaparkan senario sebegitu.
Tambah Emma, dia juga menyedari tentang situasi di mana orang ramai beranggapan wanita yang lebih tua daripada lelaki dalam perhubungan itu salah.
Tapi lelaki tua dengan wanita muda itu tidak salah. Pada pendapat saya, kalau dah jodoh tiada siapa boleh halang. Cinta tidak memandang kepada umur.