Emma Maembong Akui Tak Suka Keluar Shopping

Hiburan

Emma Maembong Akui Tak Suka Keluar Shopping

Bertapak kukuh dalam bidang lakonan, nama Emma Maembong kini bagaikan menyerlah hari demi hari. Meskipun pernah dilanda pelbagai kontroversi, namun Emma tetap tabah mengharungi setiap ujian yang menimpa dirinya.

emma maembongWalau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian umum apabila Emma yang juga selebriti terkenal tanah air ini langsung tidak suka untuk keluar membeli belah di luar.

Advertisement

Menurutnya, beliau hanya akan membeli pakaian secara dalam talian kerana perkara tersebut lebih memudahkan.

“Sebenarnya saya ni paling tak suka shopping.”

Selain tidak suka memilih pakaian di kedai, Emma juga difahamkan mahu mencari pengalaman yang berbeza.

emma maembong dan suami

“Biasanya memang buat online shopping sahaja. Tapi orang kata sekali sekala perlu juga keluar dan buat pembelian secara langsung. Barulah ada pengalaman yang berbeza.”

Emma berkongsi berita tersebut menerusi program The House 1 yang menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular bersama adik dan kakaknya, Chacha Maembong dan Yaya Maembong.

Memang bertuah suami Emma, tidak perlu risau untuk tunggu isteri shopping berjam-jam di pusat membeli belah.

Sumber: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...