Emma Akma Sahkan Sudah Bercerai Selepas Hanya 7 Bulan Berkahwin

Hiburan

Emma Akma Sahkan Sudah Bercerai Selepas Hanya 7 Bulan Berkahwin

Kalau sebelum ini Emma Akma ada bercerita mengenai kisahnya terkena buatan sihir sehingg perutnya busung, kali ini beliau tampil dengan berita yang agak mengejutkan apabila mengakui sudah sah bercerai dengan suaminya Omar Ramli hanya selepas 7 bulan mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Berkahwin pada 9 Jun 2015, mereka berdua sah bercerai pada 14 Januari lepas selepas  Emma membuat permohonan cerai secara fasakh sekitar bulan Ogos 2015. Mereka bercerai talak satu atas perintah mahkamah selepas Omar gagal menghadirkan diri dalam sebutan kes mereka.

Selepas empat kali kes sebutan Omar tidak hadir, pihak Mahkamah memutuskan kami bercerai talak satu secara fasakh.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan menyifatkan perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak. Saya juga menganggapnya sebagai rahmat selepas apa yang saya lalui sebelum ini.

Mengharapkan mahligai yang dibina bersama Omar akan kekal sehingga akhir hayat, hati Emma hancur berderai apabila mengetahui niat sebenar Omar untuk berkahwin dengannya. Malah, Emma pernah terfikir untuk bunuh diri selepas merasa murung akibat kekecewaan yang melampau.

Selepas kami bernikah, saya terus ditinggalkan olehnya. Kemudian, saya memujuknya dan dia pulang untuk seketika.

Saya mendapat tahu, rupa-rupanya ada sebab dia ingin berkahwin dengan saya, iaitu untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula. Terduduk saya apabila diperlakukan sebegitu.

Sudahlah saya ditinggalkan, dia tidak mahu menceraikan saya pula. Ditambah dengan penyakit busung yang saya terpaksa lalui sebelum ini, saya hampir bunuh diri.

Mujur saya masih waras dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Sebagai langkah pertama, saya membuat laporan polis agar tidak diapa-apakan olehnya. Memandangkan dia tidak mahu melepaskan saya, saya mengambil tindakan dengan membuat permohonan fasakh pula. Alhamdulillah, kini saya bangkit semula.

Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, Emma bagaimanapun tidak merasa serik untuk bergelar isteri sekali lagi. Namun, beliau berharap dapat dipertemukan dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...