February 2nd, 2017

Kerana seseorang merasa tidak puas hati dengan dirinya, pelakon Emma Akma terpaksa menanggung derita terkena santau sejak tahun 1995 sehingga kini. Agak kasihan juga kami dengan Emma lebih-lebih lagi selepas beliau baru-baru ini menerusi akaun Facebooknya memuat naik foto barang-barang yang digunakan untuk menyihir dirinya ketika Emma berubat di Jengka, Pahang.

Selama 25 tahun dalam dunia seni dan ‘mengenali’ hidup berdikari. Dah bermacam macam yang saya ‘dapat’. Berbagai PENYAKIT MISTERI yang dah saya tempuhi, pelbagai UJIAN yg saya hadap. Bermacam macam cara(berubat) dah di usahakan.
Syukur alhamdulillah…Allah izinkan saya bernafas hingga ke hari ini. Pengajarannya……

JANGAN MUDAH PERCAYA DGN SESIAPA YG ADA DI SEKELILING KITA. SAMA ADA DIA DARAH DAGING ANDA SENDIRI…’TEMAN’ HIDUP ANDA …..KAWAN BAIK/RAPAT SENDIRI…..MAHUPUN KAWAN KAWAN SEPERJUANGAN ANDA…BERHATI HATILAH.

Berikut antara barang-barang yang keluar daripada tubuhnya ketika berubat :-

kapas orang mati

serpihan batu nesan

gumpalan benang dan dawai

Menerusi portal Media Hiburan, Emma memberitahu badannya agak lega sedikit selepas berubat. Namun, bekas perbuatan santau itu masih ada lagi.

Ini kali pertama saya berubat cara bekam.  Keluar semuanya yang zahir seperti benang, rambut dan macam-macam lagi.  Masa benda tu keluar, memang terasa sakitnya. Alhamdulilah, ringan sikit dah badan ni selepas berubat.  Tapi itulah, kejap hilang, kejap datang balik.  Mungkin sebab ‘ibu’nya tak buang habis.  Atau pelaku tak insaf dan nak saya mati tapi tak juga mati-mati.

Memang wujud manusia yang kalau boleh ingin melihat seseorang itu derita dan menggunakan ilmu hitam bagi tujuan berkenaan. Namun, Emma harus kekal tabah dan tidak berputus asa dengan dugaan ini, banyakkan berdoa dan tidak mustahil satu hari nanti anda boleh sembuh dengan inzinNya.

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...