Mengakui beberapa kali gagal dalam percintaan kerana sifatnya yang tidak prihatin terhadap pasangan, Kamal Adli memberitahu beliau kini lebih menghargai wanita dan lebih memberikan tumpuan kepada insan yang disayangi. Kamal berterima kasih kepada pelakon Emma Maembong kerana beliaulah yang mengajar Kamal mengenai hal tersebut.
Emma membuka mata saya untuk menjadi lelaki yang bersyukur dan menghargai kehadiran pasangan kita. Janganlah pada awal perkenalan saja kita bersungguh-sungguh cuba mengambil hati dan selepas berada di zon selesa, kita mengabaikan dirinya. Itulah diri saya sebelum ini
Percayalah, jika seorang lelaki sentiasa menghargai dan prihatin terhadap pasangannya, si dia takkan meninggalkan dirinya.
Berbicara mengenai percintaannya bersama Emma, Kamal lebih selesa jika hubungan mereka tidak menjadi perhatian ramai dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir.
Kami menjalinkan hubungan yang matang dan tiada sorok-sorok. Jika ada jodoh, kami menerimanya. Cuma, kami rasa lebih selesa andai perhubungan ini kurang menjadi bualan ramai. Apatah lagi ada segelintir pihak yang suka membandingkan pasangan pelakon lain dengan kami. Takut nanti orang benci pula.
Kalau ada jodoh tidak kemana bukan? Apa-apa pun, kalau dah sesuai dan serasi bersama, janganlah bercinta terlalu lama kerana pelbagai dugaan akan melanda ataupun boleh mengundang fitnah. Kami mendoakan agar Kamal dan Emma dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.