Emirates Terpaksa Memberhentikan Lebih 1000 Kakitangannya Kesan Krisis COVID-19

Trending

Emirates Terpaksa Memberhentikan Lebih 1000 Kakitangannya Kesan Krisis COVID-19

Syarikat penerbangan Emirates telah memberhentikan lebih dari seribu pekerja termasuk 700 kru kabin dan 600 juruterbang, yang kebanyakannya mengendalikan pesawat superjumbo Airbus A380 atau yang masih menjalani latihan untuk peringkat pesawat, menurut Arabian Business.

“Kami telah berusaha untuk mempertahankan ‘keluarga’ ini sehingga sekarang tetapi sampai pada pengakhirannya kami dengan rasa sedih harus mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa individu hebat yang pernah bekerja dengan kami.” 

Advertisement

Dalam satu pernyataan kepada Arabian Business, Emirates mengatakan mereka telah melakukan sebaik yang mungkin untuk mempertahankan setiap kakitangannya supaya tiada yang hilang pekerjaan.

Namun, akibat krisis COVID-19 yang memberi kesan besar kepada ekonomi dunia, mereka terpaksa melepaskan beberapa orang pekerja bagi memastikan syarikat mampu terus berdaya saing buat masa ini.

Pada bulan Mei lalu, Bloomberg melaporkan bahawa Emirates merancang untuk mengurangkan sebanyak 30,000 kakitangannya stau bersamaan 30% dari tenaga kerjanya. Ia merupakan langkah syarikat penerbangan jarak jauh terbesar di dunia itu, bagi menyimpan aliran tunai di tengah-tengah krisis pandemik itu.

Walau bagaimanpun, Emirates telah memulakan operasi penerbangannya kembali ke sembilan destinasi di seluruh dunia termasuk London Heathrow, Frankfurt, Paris, Milan, Madrid, Chicago, Toronto, Sydney dan Melbourne.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai itu juga telah meningkatkan kembali penyambungan semula penerbangan penumpang ke 30 buah bandar, termasuk pelancaran semula operasi transitnya.

Penerbangan ke Bahrain, Manchester, Zurich, Vienna, Amsterdam, Copenhagen, Dublin, New York JFK, Seoul, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta, Taipei, Hong Kong, Perth, Brisbane dan Kabul, akan kembali mulai 15 Jun ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...