Emelda Rosemila Kongsi Detik Cemas Ketika Penggambaran, Tak Sengaja Tolak Adlin Sampai Terhantuk & Benjol

Hiburan

Emelda Rosemila Kongsi Detik Cemas Ketika Penggambaran, Tak Sengaja Tolak Adlin Sampai Terhantuk & Benjol

Pelakon Emelda Rosemila baru-baru ini berkongsi detik cemas apabila secara tidak sengaja telah menyebabkan kecederaan ringan kepada suaminya Adlin Aman Ramlie.

Emelda Rosemila
2 years ago

Tampil Berkepala Botak, Emelda Rosemila Saling Tak Tumpah Seperti Charlize Theron!

Advertisement

Menceritakan semula kejadian tersebut menerusi sebuah hantaran video di laman sosial Instagram miliknya, Emelda memberitahu yang kemalangan tersebut berlaku ketika penggambaran sebuah drama.

Mel belanja sikit scene dalam ABNORMAL. Masa Mel tolak Adlin, dia terlanggar coffee table dekat belakang lalu jatuh and kepala dia hit kuat anothercabinet dekat belakang tu.

Menurut Emelda, dia tidak sengaja telah menolak suaminya sehingga terlanggar meja dan kepalanya terhantuk ke sebuah almari.

Emelda turut memaklumkan yang dia sangat panik apabila mendapat tahu kepala Adlin benjol disebabkan itu dan kejadian tersebut menyebabkan dia hilang fokus untuk melakonkan babak seterusnya.

Dia blackout untuk beberapa saat, dia kata otak dia bergegar. Ya Allah, perasaan ketika itu Tuhan je yang tahu.

Emelda Rosemila

Tambah Emelda, bunyi hantukan tersebut sememangnya kuat dan perkara tersebut terjadi mungkin kerana dia lupa diri dan terlalu fokus dengan lakonan sehingga membuatkan dia terlupa pada teknik.

Emelda sebelum ini membuat pengakuan yang dia selesa berlakon disamping suami kerana mereka mempunyai lebih banyak ruang dan masa untuk berbincang tentang peranan masing-masing.

Sekadar info, antara drama yang menggandingkan pasangan suami isteri tersebut adalah Dukun Diva yang kini ditayangkan di Astro Citra.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...