Eman Manan Sudah Ada Kekasih Baru?

Hiburan

Eman Manan Sudah Ada Kekasih Baru?

eman manan

Dah lama rasanya tak mendengar cerita antara pelakon terhebat Malaysia, Eman Manan. Abang Nara memang mengkagumi bakat dan mutu lakonan Eman Mana. Bagi sahaja watak apa-apa pun, confirm Eman Manan boleh bawak dengan penuh penghayatan. Memang respek dan tabik spring kepada Eman Manan.

Advertisement

Dan rasanya semua orang pun tahu yang Eman Manan sudah lama menduda sejak bercerai dahulu. Baru-baru ini Abang Nara ada dapat email yang menyatakan Eman Manan sudah pun ada kekasih hati yang baru. Baca email di bawah ye:-

[note]hai…assalamualaikum…

Saya cuma nk share dgn BeautifulNara tentang kekasih Eman Manan. Memang Eman sdg mengenali seseorg. Cuma beliau taknak dan tak bersedia lg untuk buat ape2 statement tentang kekasih beliau. Hubungan mereka nak masuk 3thn sejak tahun 2007 lg. Mereka selalu berjumpa di temani seorg rakan kekasihnya agar tak nampak sgt hubungan cinta mereka. Umur kekasihnya dlm 30an dan sememangnya cantik dan manis.

Eman pandai menyembunyikan kisah2 cintanya dari pengetahuan ramai kerana beliau lebih suka membicarakan bakat dari kisah peribadi. Eman amat senang berkawan dengan wanita ini kerana kekasihnya amat memahami dirinya. Kekasihnya adalah orang biasa dan takde kena mengena dengan industri muzik. Gosip ini adalah benar kerana saya adalah selalu berada di tempat mereka lepak dan jumpa. Cuma sy harap agar email ini tidak disalah ceritakan nanti.

Dan saya berharap segalanya adalah sulit.saya cuma mahu berkongsi kisah ini dgn peminat2 Eman yang mana Eman telah terlalu lama menduda dan akhirnya telah bertemu dgn wanita idamannya. [/note]

Kalau betullah kandungan email tersebut, tahniah kami ucapkan kepada Eman Manan. Kata orang, tak baik hidup menduda lama-lama sangat. Nanti dah tua tak ada orang nak jaga. Tapi apa pun, kami tetap respek dan tabik kepada abang Eman Manan sebab terus mampu bertahan dalam industri hiburan tanah air.

Doa kami, semoga Abang Eman Manan terus bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...