“Emak Rindu.. Beberapa Hari Tak Ada Abang Bas Baring Dalam Bilik & Sembang-Sembang” – Kakak Abang Bas

Kehidupan

“Emak Rindu.. Beberapa Hari Tak Ada Abang Bas Baring Dalam Bilik & Sembang-Sembang” – Kakak Abang Bas

Boleh dikatakan sejak beberapa hari yang lalu, kecoh berita mengenai pemandu bas yang dikenali sebagai Abang Bas didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sekolah yang menaiki basnya.

Susulan ia menjadi perhatian pihak berkuasa, ia telah membawa kepada penahanan Abang Bas yang didakwa di mahkamah, semalam.

Advertisement

Ibu rindu Abang Bas

Bagaimanapun, seorang wanita yang dikenali sebagai kakak Abang Bas, Zarina Sari memuat naik satu hantaran di Facebook mengenai isi hati ibunya mengenai penahanan adik.

Kata Zarina, ibunya sangat merindui Abang Bas yang juga merupakan adik bongsu dalam keluarga dan keletah adiknya yang suka bergurau turut dirindui oleh ahli keluarga lain.

Emak rindu Abang Bas. Beberapa hari ini tak ada dah Abang Bas nak gomol-gomol emak, baring dalam bilik sembang-sembang sambil selongkar-selongkar bilik emak.

Semoga Allah maafkan, permudahkan urusan

Dalam pada masa yang sama, Zarina turut meminta agar Allah SWT memaafkan kekhilafan adiknya dan minta semula urusan Abang Bas dipermudahkan.

Sekadar info, untuk pertuduhan pertama, Abang Bas didakwa mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga merupakan adik saudaranya bagi maksud seksual.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memerhatikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun secara berulang kali bagi maksud seksual.

abang bas menangis
3 months ago

Didakwa Atas Pertuduhan Lakukan Amang S*ksual Kanak-Kanak, Abang Bas Menangis Mengaku Tidak Bersalah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...