Jelas Elyana, beliau sama sekali tidak tahu sedang berbadan dua dan hanya mengetahui berita beliau hamil selepas insiden tumpah darah.
Doktor menasihati Elyana untuk membuat pemeriksaan lanjut pada hari Jumaat ini bagi memastikan tiada bayi diluar rahim beliau. Malah, Elyana juga harus menjalani tempoh berpantang untuk memastikan rahim beliau kembali pulih.
Umum mengetahui karakter saya yang kasar dan lasak, oleh itu saya terkejut ketika tumpah darah semalam kerana sama sekali tidak tahu sedang hamil tujuh minggu. Doktor menjelaskan saya keguguran.
Namun, saya perlu membuat rawatan susulan bagi memastikan tiada bayi luar rahim. Semoga semuanya dipermudahkan dan saya boleh menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional bagi memulihkan kembali rahim.
Buat masa ini, saya menjalani rutin harian seperti biasa. Ada juga sesekali terasa sakit dan saya berehat seketika sehingga rasa itu hilang. Mengenali diri saya yang lasak ini, memang susah untuk duduk berehat di rumah
Apa yang berlaku tidak mematahkan usaha Elyana untuk mendapatkan cahaya mata lagi dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan.
Kehamilan ini kadang-kadang sukar untuk kita tahu jika tidak mengalami tanda-tanda seperti muntah ataupun alahan. Meskipun ada juga perasaan sedih, kami tahu Elyana seorang yang cukup kuat, mungkin bukan rezeki kali. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.