Elyana Bertudung Pada Setiap Hari Jumaat

Hiburan

Elyana Bertudung Pada Setiap Hari Jumaat

Ingin menjadi seorang wanita Muslim yang baik pada masa hadapan, Elyana telah memulakan langkah pertama dengan membiasakan diri mengenakan tudung pada setiap hari Jumaat sejak tiga tahun lepas.

Advertisement

Malah, setiap hari Jumaat juga beliau mempunyai kelas mengaji dan itulah yang menjadi titik permulaan dan kini menjadi tabiatnya untuk berutudung pada hari Jumaat.

Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan. Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung.

Kini Elyana sering memuat naik foto beliau mengenakan hijab di akaun Instagram miliknya dan ia mencetuskan pelbagai persoalan dikalangan peminat beliau.  Ada yang memuji Elyana kelihatan lebih manis dan cantik bila menutup aurat.

Satu perubahan positif daripada Elyana. Kami mendoakan agar Elyana diberikan hidayah dan dibuka pintu hatinya untuk mengenakan hijab sepenuhnya selepas ini. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...