November 26th, 2018

Selepas keguguran dua tahun lalu, penyanyi Elyana Emrizal mengakui beliau tidak boleh hamil lagi atas sebab tertentu terutamanya berkaitan komplikasi kanser Limfoma tahap empat yang dihidapinya.

Walaubagaimanapun, benar kata orang, rezeki dan takdir seorang manusia itu tiada siapa yang tahu. Terbaru, Elyana mendedahkan beliau sebenarnya sudah mengambil seorang anak angkat lelaki istimewa Sindrom Down yang diberikan nama Tulus sejak sebulan yang lalu.

Berita itu dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya semalam. Pada masa yang sama, Elyana turut mengucapkan terima kasih atas doa-doa peminat buat beliau sekeluarga.

Hasil perkahwinan Elyana bersama suami, Khairul Anuar Husin pada 2010 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cinta Sumayyah yang kini berusia tujuh tahun.

Mulianya hati Elyana untuk menjaga anak istimewa ini, semoga mereka sekeluarga akan dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : Kosmo Online


30 responses to “Elyana Ambil Anak Angkat Lelaki Hidap Sindrom Down”

  1. kak melah says:

    hitamnya hati2 netizen ni.. biarlh die nk amik anak angkt bukanye suruh korg jaga pun, ajal maut ditangan Allah, yang memberi dan menyembuhkan penyakit juga Allah, insyallah jika Allah berkehendak elyana akan panjang umur dan diberikan kesembuhan berkat keiklasan hatinye jaga baby istimewa ni.

  2. Manusia Pendosa says:

    Pelik dengan sikap manusia ni bila orang buat kebaikan kau kondem mereka. Sepatutnya doakan yang baik-baik untuk Elyana . Korang ni pun tak tahu nasib korang akan datang macam mana ( syurga atau neraka )tapi masih sibuk memikirkan hal orang lain.

Loading...