Pelakon jelita, Elvina Mohamad berkata dia enggan untuk menambah zuriat di saat negara sedang berhadapan pandemik COVID-19 pada kala ini.
Ujar Elvina, dia sedar tentang betapa bahayanya virus membunuh tersebut terhadap ibu hamil tambahan dengan jumlah kematian yang banyak melibatkan mereka ini.
View this post on Instagram
Perkara tersebut berbangkit setelah dia ditanya oleh seorang peminat tentang perancangannya untuk menambah bilangan cahaya mata.
Meskipun merancang untuk mendapatkan anak kedua, Elvina berkata dia dan suami berusaha ke arah itu namun bukan dalam tahun ini.
Jadi, andai virus ini berlalu pergi suatu hari nanti, barulah kami merancang nak ada anak kedua tapi bukan dalam tahun ini. Saya tak nak hamil sewaktu pandemik sebab terlalu berisiko. Jadi, andai virus ini berlalu pergi suatu hari nanti, barulah kami merancang semula. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Doakan ya!
Sekadar info, Elvina telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Haniff Borhan pada 18 Mac 2018 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen yang kini berusia dua tahun lapan bulan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.