Elon Musk Beri Sokongan Penuh Kanye West Bertanding Sebagai Presiden AS

Trending

Elon Musk Beri Sokongan Penuh Kanye West Bertanding Sebagai Presiden AS

Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Kanye West mengatakan bahawa dia mencalonkan dirinya sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ianya berpotensi menyaksikan pertembungan dahsyat antaranya dengan lelaki yang dikaguminya, Donald Trump.

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Twitter miliknya sendiri di mana dia memberitahu orang ramai mengenai niatnya itu. Malah, tweet yang dimuat naik olehnya itu mula trending dan menerima lebih 900,000 likes setakat ini.

Advertisement

“Kita sekarang harus merealisasikan janji Amerika dengan mempercayai Tuhan, menyatukan visi kita dan membangun masa depan kita. Saya mencalonkan diri sebagai Presiden Amerika Syarikat!”

Nampaknya impian Kanye West ini menerima sokongan padu daripada usahawan terkenal Elon Musk yang menyokongnya. Elon Musk dilihat membalas di ruangan komen dan menyuarakan sokongan penuhnya itu. Walau bagaimana pun, Kanye dilihat tidak mendaftarkan namanya di Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC) untuk pemilihan November ini.

“Anda mendapat sokongan penuh saya!”

elon musk

Tetapi tidak jelas sama ada Kanye West sememangnya berminat mahu bertanding memandangkan ini bukan kali pertama dia menyuarakan keinginannya itu. Pada Anugerah Muzik Video MTV 2015, dia mengatakan telah memutuskan untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden pada tahun 2020.

Tetapi pada November tahun lalu dia menolak tarikh itu, dengan mengatakan bahawa dia akan benar-benar bertanding dalam pertandingan 2024. Di dalam tweet tersebut juga dia tidak mengatakan adakah dia akan terlibat dengan mana-mana parti politik tertentu.

Namun, bertanding dalam pencalonan satu parti besar tidak mungkin dilakukan pada tahap ini memandangkan pilihan raya hanya tinggal empat bulan sahaja lagi. Untuk tampil  sebagai calon bebas, dia harus mengumpulkan sejumlah tanda tangan dan mendaftar di negeri-negeri pada tarikh akhir tertentu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...