Penyanyi Sufi Rashid mendedahkan bahawa dia lebih awal mengetahui mengenai perkahwinan anggota kumpulan Dolla, Sabronzo dengan jejaka pilihannya, Ryan Fieret.
Menurut Sufi atau nama sebenarnya Muhammad Sufi Rashid, 34, hubungan pasangan itu bukan lagi sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sudah berkawan sejak tahun lalu.
Lapor Utusan,
Sejujurnya, saya memang tahu dia akan berkahwin. Ryan seorang yang baik dan pendiam, hanya orang rapat saja yang benar-benar mengenalinya.
Tambahnya lagi, dia berasa gembira apabila dimaklumkan pihak label Universal Music mengenai berita perkahwinan tersebut. Jelasnya,
Eloklah mereka kahwin, daripada bercinta terlalu lama. Saya memang tumpang bahagia untuk mereka.
Bagaimanapun, Sufi turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir netizen yang menabur fitnah serta membuat spekulasi tidak berasas terhadap Sabronzo.
Saya sudah jangka perkara ini akan jadi bualan hangat kerana Dolla sering jadi perhatian. Tapi lebih baik kita doakan yang baik-baik. Netizen yang pernah tuduh bukan-bukan sepatutnya minta maaf.
Untuk rekod, Sabronzo atau Shabrina Shafii mengesahkan telah sah bergelar isteri kepada Ryan dalam majlis pernikahan sederhana di Bali pada Isnin lalu.