Pelakon Zarina Anjoulie menerusi satu video mendakwa bekas isteri Que Haidar, Linda Jasmine seorang yang sombong dan berlagak.
Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju berkongsi pengalaman bertemu Linda dan menegur koreografer terkenal itu suatu ketika dahulu.
Linda Jasmine tu bekas isteri Que Haidar, bila peminat tegur, banggalah kan. Elok-elok aku peminat engkau, aku terus tak minat kau.
Lagipun kau bukan selebriti pun Linda Jasmine, kau hanya guru penari. Cara berlagak kau macam kau Kim Kardashian. Tapi aku yakin kau tak ingat itu adalah aku.
Action gila makcik tu. Bayangkan eh, kau dah la minat gila dekat perempuan ni, lepas tu bila kita tegur dia berlagak.
Dalam pada itu, Anju turut meluahkan rasa teruja kerana dapat sama-sama berlakon dengan Que Haidar sebelum ini.
Apapun, Makcik Linda, saya sangat seronok berlakon dengan bekas suami awak, he is such a sweet heart. Aku yakin menggeletar jantung dia aku berlakon dengan bekas suami dia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.