“Elok Dia Bekerja” – Tak Mahu Menantu Tertekan, Yusof Haslam Galak Puteri Sarah Kembali Berlakon

Hiburan

“Elok Dia Bekerja” – Tak Mahu Menantu Tertekan, Yusof Haslam Galak Puteri Sarah Kembali Berlakon

Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam memberitahu bahawa dia menggalakkan menantunya Puteri Sarah bekerja bagi melupakan masalah yang sedang dihadapi.

Menurut sumber, Yusof mendedahkan dia tidak mahu melihat Sarah hanya terperap di rumah kerana hal tersebut boleh menjejaskan kesihatan mentalnya.

Advertisement

Jujurnya, saya gembira lihat Sarah kembali berlakon. Saya tak nak lihat dia asyik terperap di rumah. Nanti dia lagi tertekan. Jadi untuk elakkan stress, elok dia bekerja.”

Dalam pada itu, Yusof sempat menitipkan kata-kata nasihat kepada anaknya, Syamsul yang juga merupakan suami kepada Puteri Sarah supaya jangan membuat kesilapan dalam kehidupan.

Sebagai seorang ayah, saya dan isteri sentiasa doakan yang terbaik. Harapan saya, jangan buat kesilapan dalam kehidupan.”

Yusof turut menunjukkan sokongan terhadap penglibatan pertama Puteri Sarah di pentas teater menerusi pementasan Maduku Terpaling Kalut.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dikatakan terlibat dalam konflik rumah tangga selepas pengarah filem Mat Kilau itu didakwa mempunyai hubungan dengan wanita lain.

syamsul yusof hard to heart paknil
2 years ago

(VIDEO)”Siapa Ira Kazar Di Hati Awak?” - Diaju Soalan Oleh PakNil, Syamsul Yusof Hanya Buat Isyarat ‘Kunci Mulut’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...