Elok Atau Mudarat ‘Job Hopping’ Dalam Pekerjaan? Ini Pengajaran Yang Aku Dapat Dari Kisah Benar

Trending

Elok Atau Mudarat ‘Job Hopping’ Dalam Pekerjaan? Ini Pengajaran Yang Aku Dapat Dari Kisah Benar

Untuk mendapat kerja di sesebuah syarikat pada hari ini amatlah susah. Malah kena lalui berpuluh-puluh temuduga sebelum berjaya menempatkan diri di syarikat.

Advertisement

Dan untuk mendapat gaji seperti yang diminta di dalam resume adalah mustahil.

Kebanyakan dari mereka perlu mula bekerja dengan permulaan gaji yang rendah sebelum dinaikkan gaji. Itupun setelah 1 tahun selepas berkhidmat. Ada sesetengah syarikat pula sampai 3 tahun baru ada kenaikan gaji.

Kita semua tahu bahawa penting untuk “tawar-menawar’ gaji jika kita mahu mendapat lebih banyak.

Walau bagaimanapun, pekerja yang masih berada dalam bidang pekerjaan yang sama, secara puratanya boleh mengharapkan hanya kira-kira peningkatan 3 peratus setahun. Tetapi, apabila bertukar tempat atau bidang pekerjaan, secara purata boleh mendapat kenaikan gaji antara 10 dan 20 peratus.

Sering bertukar pekerjaan pastinya menjadi satu jalan untuk mendapat gaji yang lebih tinggi terutamanya jika itu yang anda tentukan semasa anda sedang mencari kerja.

Tetapi ambil kira faktor lain sama, seperti masa dan faedah bercuti, apabila memutuskan sama ada langkah itu menguntungkan atau tidak.

Hal ini turut dikongsikan oleh Ridzwan MyJihad dan ini kisah beliau mengenai ‘job hopping’..

Masa saya mula kerja pertama selepas keluar universiti tahun 1990 adalah dengan Kodak Film di Petaling Jaya, Seorang sales exec di meja sebelah saya bertanya kepada saya.

“Your first day ke?”

Saya jawab yes encik. Dia terus kata tak payah panggil encik encik, just call me Farid.

Tiga perkara yang dia nasihatkan kepada saya..

1. Never stay loyal to any company unless that company belongs to your mom and dan or your own company.

2. Always send your CV to other company every 6 months because you will increase your salary fast by jumping to another company rather than if you stay at one for years.

3. Always remember people’s face and keep their business card. Keep in touch with them always. You can never know a simple photocopy technican that service your office copy machine might one day become a CEO of a listed company or even a Minister!

Pendekkan cerita…

Saya tak ikut apa yang dia nasihat. hahaha. Bila pandang belakang saya dapati apa yang beliau nasihatkan dulu sejujurnya ada kebenaran.

Selepas setahun, kawan saya ini berhenti daripada Kodak Film dan berpindah ke beberapa company lain.

Dia orang biasa-biasa saja bukan pun dari keluarga yg berada tapi kali terakhir saya dengar dia dah jadi CEO TV3 dan selepas itu penasihat kepada PM Najib.

The least I can say is… I once know this humble guy when he was a nobody.

Nama dia Dato Ahmad Farid bin Ridzuan. (Saya tak tau di mana anda kini berada wahai kawanku namun demikian saya mendoakan anda sihat dan sejahtera sentiasa).

Apa-apa pun buat keputusan yang bijak dan ambil kira faktor-faktor semasa yang lain sekiranya anda mempunyai niat untuk bertukar pekerjaan memandangkan ada pro dan contra apabila sering bertukar pekerjaan.

Selamat maju jaya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...