Pelakon, Azzahra Ahmad tampil mendakwa dirinya juga pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika kisah Zahnita Wilson masih hangat diperkatakan.
Azzahra atau nama lengkapnya Fathima Azzhara Ahmad berkata dia tidak hanya dikasari malah suaminya yang juga pelakon iaitu Jay Iswazir turut mendesaknya untuk menggugurkan kandungan.
Dia memberitahu dia disahkan hamil ketika mereka dalam proses bercerai sekitar bulan September yang lalu.
View this post on Instagram
Dia turut menjelaskan Jay memaksanya untuk menggugurkan kandungan atas alasan tidak bersedia untuk menimang cahaya mata kerana kurang berkemampuan.
Ketika kami buat keputusan bercerai, saya dapat tahu saya hamil. Selepas berpantang (selepas gugur kandungan) dan berada dalam keadaan suci, saya failkan cerai.
Saya rasa tertekan ketika itu sehingga sebulan tidak keluar bekerja.
Menurut Mstar, Azzahra mendakwa dia menderita dengan perbuatan suaminya semenjak di awal perkahwinan mereka.
Dia juga pernah menghubungi pihak polis namun tidak sampai hati ingin meneruskan kes kerana enggan menjejaskan nama Jay sebagai seorang pelakon.
Paling teruk saya kena (pukul) ketika awal berkahwin. Saya hubungi polis tapi apabila pihak berkuasa kata mahu menangkapnya saya tak sampai hati.
Ketika itu pula dia tengah terlibat dengan penggambaran dan enggan menjejaskan nama baik dia.
Sekadar info tambahan, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan berpisah pada 28 Oktober yang lalu.
Kami sertakan pautan artikel lain yang menarik di bawah.