Elmina Central Park ‘Instagrammable Spot’ Terbaru Di Shah Alam, Ada Jambatan Pelangi Cantik

Trending

Elmina Central Park ‘Instagrammable Spot’ Terbaru Di Shah Alam, Ada Jambatan Pelangi Cantik

Sekarang ini, sedang trending apabila orang ramai berlumba-lumba untuk memuat naik foto mereka di Saloma Link Bridge yang dihiasi indah dengan lampu LED pelbagai warna di malam hari.

Namun, tidak ramai yang tahu ada sebuah lagi tempat yang ‘Insta Worthy’ terletak di Shah Alam iaitu Elmina Central Park.

Advertisement

Untuk makluman anda, ada dua lokasi menarik untuk bergambar. Pertama di Rainbow Walkway Elmina Valley Bridge iaitu sebuah jambatan dengan laluan pelangi berwarna-warni yang unik dan memukau.

Lokasi kedua pula di Iconic Bridge & Lookout Point, jambatan berwarna merah terang. Kelihatan seakan sedang menyala saat matahari mula menghilang, memberikan satu pemandangan indah buat pengunjung ketika malam mula menjelma.

Tidak dinafikan, ia adalah destinasi terbaik untuk mereka yang mencari kelainan, mengambil gambar-gambar unik.

Bukan itu sahaja, Elmina Central Park turut mempunyai kawasan yang luas untuk pengunjung melakukan aktiviti riadah seperti berlari, berbasikal atau mencuba pelbagai kemudahan sukan yang disediakan.

Jom kita lihat beberapa foto menarik di kedua-dua lokasi tersebut:

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...