Elly Pernah Tumbuk Dan Terajang Saya – Azmi Hatta

Hiburan

Elly Pernah Tumbuk Dan Terajang Saya – Azmi Hatta

Sejak Azmi Hatta bercerai dengan Elly Mazlein, saban hari penyanyi wanita itu membongkar satu demi satu sikap buruk Azmi kepada umum. Malah, Elly ada menyindir Azmi menerusi beberapa hashtag di Instagram.

Advertisement

Perbuatan Elly itu nyata memberikan kesan terhadap Azmi, apabila pengarah itu sering dikecam oleh masyarakat dan dilabelkan sebagai bapa tidak bertanggungjawab.

Tidak tahan dengan segala tomahan dan tuduhan dibuat oleh bekas isterinya itu, Azmi hari ini mendedahkan setiap butiran mengenai penceraian mereka. Menurut Azmi, sikap cemburu buta Elly yang terlampau membuatkan beliau berubah hati dan memilih jalan untuk berpisah.

Elly pernah menyerang Azmi di lokasi penggambaran drama dan menuduh beliau berlaku curang dengan pelakon yang membintangi drama arahannya.

Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya. Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.

Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama.

Mereka juga kerap bertengkar dan Elly turut melemparkan kata-kata kesat terhadap Azmi. Bukan itu sahaja, Azmi memberitahu Elly juga pernah bertindak ganas dan menumbuk serta menerajang beliau.

Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).

Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia.

Bapa Elly jugalah yang mencadangkan mereka untuk membawa haluan masing-masing kerana merasakan ia adalah keputusan terbaik buat beliau dan Elly pada waktu tersebut.

Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly.

Berbicara mengenai anak mereka Putri Sarah Sefhia, Azmi hanya akan bertemu anak perempuannya itu sekiranya Elly sudah berubah sikap dan tidak lagi mencetuskan provokasi.

Azmi dalam sidang media yang diadakan petang tadi di Taman Tasik Titiwangsa turut menunjukkan akuan bersumpah mengenai masalah rumah tangganya dengan Elly.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...