Hujung minggu lalu, penyanyi Elly Mazlein telah mengadakan majlis kesyukuran dan juga majlis aqiqah buat anak beliau, Putri Sara Sefhia. Majlis berkenaan berlangsung dengan cukup meriah sekali meskipun bekas suaminya, Azmi Hatta tidak hadir.
Elly juga memberitahu beliau menguruskan segala hal bersendirian walaupun Azmi yang pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis tersebut untuk anak mereka.
Bagaimanapun, Elly tetap merasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu beliau.
Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis ini tetapi baru sekarang ada ruang dan rezeki untuk saya meraikan Sefhia. Saya uruskan persediaan seorang diri, tetapi saya sangat bersyukur kerana ramai yang membantu.
Sebenarnya, majlis ini dirancang oleh bapa Sefhia. Malangnya, sehingga Sefhia berusia 11 bulan, masih belum ada khabar berita dan perkembangan mengenai perancangan tersebut. Jad, biarlah saya selesaikannya sendiri. Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami.
Anak adalah amanah Allah SWT yang harus dijaga dengan baik, berfikiran positif mungkin Azmi terlepas pandang pengumuman ataupun jemputan ke majlis berkenaan yang dimuat naik di akaun Instagram Elly. Hmmmph..