Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elly Mazlein Tidak Terasa Ketika Di “Boo” Penonton GV3

Dua kali di “boo” oleh penonton ketika Datuk Seri Vida mencadangkan nama Elly Mazlein agar diserap masuk menggunakan imuniti, penyanyi berkenaan bagaimanapun tidak terasa hati diperlakukan begitu. Elly faham bahawa setiap artis mempunyai peminatnya masing-masing.

Advertisement

Saya perasan sejak minggu kelima konsert GV3 lagi saya di boo apabila Datuk Seri Vida mencalonkan nama saya untuk diberikan imuniti. Saya tak berjauh hati kerana saya faham penyokong dan peminat mesti menyokong artis kegemaran masing-masing.

Sebenarnya semua peserta GV3 rapat persis adik-beradik. Apabila di ‘boo’, saya tak rasa apa-apa kerana semua pertandingan memang begitu malah saya tak marah pun penyokong artis lain walaupun sebelum ini mereka asyik menyalahkan peminat saya.

Bergelar anak seni, Elly akui beliau tidak boleh cepat melatah dan harus mempunyai hati yang kuat serta tabah apabila berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam dunia hiburan.

Advertisement

Sebagai anak seni, jangan cepat sentap dan mesti sanggup berdepan dengan apa saja cabaran. Hati mesti keras, kental dan kebal.

Pada masa yang sama, Elly ingin mengucapkan terima kasih kepada program GV3 kerana rezekinya kini bertambah selepas menyertai rancangan tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top